Seribu Kali Cinta Episode 3 ini, Sofea mendesak Zainab menyediakan pelbagai hidangan makan malam kerana dia sudah berjanji untuk menyediakan hidangan istimewa untuk Nizam. Zainab kurang senang kerana Sofea menyusahkanya.

Manakala Nizam begitu teruja menikmati keindahan suasana di Pulau Aman. Dalam keterujaan itu, Nizam tertarik melihat telatah seorang gadis yang menunggang basikal, kelihatan mesra dan ramah dengan semua penduduk kampung. Nizam mengekori gadis tersebut, yang akhirnya singgah di sebuah kedai runcit dan membeli makanan ringan.

Pemilik kedai runcit pula amat mesra dengan gadis berkenaan, yang mengagih-agihkan makanan ringan tersebut kepada kanak-kanak. Nizam teringin berkenalan dengan gadis yang menjadi perhatian itu. Apabila gadis berkenaan berlalu, dia menghampiri sekumpulan kanak-kanak yang sedang rancak makan makanan ringan. Melalui seorang kanak-kanak, Hairi, Nizam diberitahu gadis tersebut bernama Miasara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s