Drama Ayoub Siri Terbaru Samarinda TV3

Posted: November 19, 2010 in AYOUB
Tags: , , ,

Samarinda TV3 drama AYOUBAYOUB Drama Terbaru TV3 di Slot Samarinda..

AYOUB merupakan drama terbaru di TV3. AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal ditontonkan di slot Samarinda bermula pada 23 November iaitu pada setiap hari Selasa hingga Khamis. Drama AYOUB ini disiarkan pada jam 10.30 malam. Drama TV3 ini mempunyai 25 episod dan diarahkan oleh pengarah, Hilter M Zami dengan membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah.

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

 

Sumber Drama Ayoub TV3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s