Drama Epilog Syurga Cinta Episode 1

Posted: November 13, 2010 in Epilog Syurga Cinta
Tags: , ,

Slot drama Epilog Syurga Cinta kali ini memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci.

Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Shuhada.

Sikap liar Irham ditambah dengan hubungannya bersama Xeera, model terkenal menyebabkan ayahnya, Tan Sri Zakaria runsing memandangkan wartawan tak habis-habis mengorek berita hangat sehingga membabitkan nama baiknya.

Ibu Irham, Puan Sri Mahani juga menentang hubungan Irham dan Xeera memandangkan dia sendiri mempunyai rancangan tersendiri untuk mengahwinkan Irham dengan anak perempuan Datin Linda, kawan baiknya yang dilihat lebih setaraf dan berstatus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s