Seribu Kali Cinta Episode 3 ini, Sofea mendesak Zainab menyediakan pelbagai hidangan makan malam kerana dia sudah berjanji untuk menyediakan hidangan istimewa untuk Nizam. Zainab kurang senang kerana Sofea menyusahkanya.

Manakala Nizam begitu teruja menikmati keindahan suasana di Pulau Aman. Dalam keterujaan itu, Nizam tertarik melihat telatah seorang gadis yang menunggang basikal, kelihatan mesra dan ramah dengan semua penduduk kampung. Nizam mengekori gadis tersebut, yang akhirnya singgah di sebuah kedai runcit dan membeli makanan ringan.

Pemilik kedai runcit pula amat mesra dengan gadis berkenaan, yang mengagih-agihkan makanan ringan tersebut kepada kanak-kanak. Nizam teringin berkenalan dengan gadis yang menjadi perhatian itu. Apabila gadis berkenaan berlalu, dia menghampiri sekumpulan kanak-kanak yang sedang rancak makan makanan ringan. Melalui seorang kanak-kanak, Hairi, Nizam diberitahu gadis tersebut bernama Miasara.

Seribu Kali Cinta Episode 3 ini diteruskan dengan Ketibaan Nizam di Pulau Aman disambut oleh Ramli, yang menyediakan perkhidmatan kegiatan luar kepada pelancong.

Dalam episode 2 drama 1000 kali cinta ini, Ramli turut merakamkan kedatangan Nizam dengan kamera videonya untuk tujuan dimasukkan dalam laman web perkhidmatannya. Ramli membawa Nizam menginap di homestay milik Zainab, yang diusahakan bersama anaknya, Sofea.

Penampilan Nizam dan sikapnya yang mudah mesra serta kelakar, menarik perhatian Sofea. Ramli yang sudah lama memikat Sofia, terasa iri hati bila Sofia banyak melayan Nizam. Ramli memang sukakan Sofia, tetapi Sofia besikap acuh tidak acuh dengan Ramli yang digelar OT (Orang Tua).

Seribu Kali Cinta Episode 2 ini diteruskan dengan beberapa babak yang menarik sekali. Dalam usaha menarik perhatian Mahani, Huda berlagak baik dan begitu mengkagumi Mahani sehinggakan Mahani percaya yang Huda seorang `gadis Melayu Terakhir’.

Bagaimanapun Nizam meluat dengan sikap Huda kerana dia amat mengenali Huda seorang gadis yang suka bersosial. Melihat Nizam seperti tidak dapat membuat keputusan untuk memilih siapa di antara Tini dan Huda, Mahani sarankan Nizam memilih Huda. Mahani yang telah beberapa kali berjumpa dengan Huda merasakan Huda seorang gadis yang berbudi bahasa dan bersopan santun.

Drana Seribu Kali Cinta ini diteruskan bila Hisyam juga turut setuju Huda menjadi calon menantu mereka. Nizam cuba meyakinkan kedua orang tuanya siapa sebenarnya Huda. Malangnya mereka tidak percaya dan menuduh Nizam sengaja mencipta alasan. Nizam tertekan dan akhirnya meminta pandangan Mina, bagaimanapun Mina tidak dapat membantu kerana soal hati dan perasaan adalah milik peribadi.

Dapatkan Seribu Kali Cinta.

Seribu Kali Cinta Episode 1

Drama Ahmad Durrah Episode 10 ini menceritakan Taha pula meluahkan isi hatinya pada Kasa tentang cintanya pada Fatanah. Taha meminta izin dari Kasa untuk mengahwini Fatanah.

Kasa bersetuju kerana dia sayangkan Taha dan mahu Taha mewarisi semua hartanya. Taha adalah orang kepercayaannya. Hasnah bangkang hajat Kasa mahu bermenantukan Taha tapi Kasa tidak peduli dengan segala bantahan isterinya. Fatanahlah yang paling sedih dan tertekan dengan keputusan itu.

Manakala Annisa pula gembira bila mengetahui ayahnya mahu menjodohkan dia dengan Ahmad Durrah. Haji Saaban minta Ahmad Durrah beri padanya jawapan dalam masa seminggu. Ahmad Durrah makin buntu kerana selama ini dia hanya menganggap Annisa sebagai adiknya. Dia tiada perasaan pada Annisa.

Tapi Ahmad Durrah rasa bersalah untuk menolak permintaan Haji Saaban itu kerana budi dan kebaikan orang tua itu padanya.

Samarinda TV3 drama AYOUBAYOUB Drama Terbaru TV3 di Slot Samarinda..

AYOUB merupakan drama terbaru di TV3. AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal ditontonkan di slot Samarinda bermula pada 23 November iaitu pada setiap hari Selasa hingga Khamis. Drama AYOUB ini disiarkan pada jam 10.30 malam. Drama TV3 ini mempunyai 25 episod dan diarahkan oleh pengarah, Hilter M Zami dengan membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah. Read the rest of this entry »

Drama Asmara TV3 Slot Lestary Episode 11 boleh dilihat di TONTON jika ada sesiapa yang ketinggalan episode yang lepas. So, dont worry dan kalau ada yang untuk didownload, insyaAllah akan dikongsikan bersama nanti.. Jangan risau k!!

Asmara terpaksa meninggalkan bengkel tempat dia bekerja untuk ke hospital.Dia sempat menghubungi Melati memberitahu kemalangan Zaliya.

Melati juga ke hospital dan melihat ketakutan Asmara jika Zaliya dengan anaknya mati. Asmara berasa bertangungjawab atas apa yang berlaku. Keluarga Zaliya menyalahkan Asmara kerana kemalangan itu.

Sahlan menuduh Asmara mahu membunuh anaknya. Sahlan akan mengambil tindakan ke atas Asmara jka berlaku apa-apa kepada Zaliya. Zaliya disahkan koma dan anaknya terpaksa dilahirkan melalui pembedahan.

Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 1
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 2
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 3
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 4
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 5
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 6
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 7
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 8
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 9
Drama Asmara TV3 Slot Lestary : Episode 10

sumber

 

Download Drama Cinta Seribu Kali Percuma disini.  Drama Cinta Seribu Kali Episode 1 dah keluar, so jom kia download secara percuma ramai-ramai…

P/S:- File yang didownload adalah dari server 4shared.com & setiap file yang didownload perlu didownload 1 persatu @ setelah 1 file siap didownload barulah boleh download file seterusnya. Play File with FLV player.

Episod 1 —- Link 1, Link 2, Link 3

Thank to uploader : Myvitrd